Wednesday, June 25, 2014

Bersalah

Bismillah.
Alhamdulillah masih dpt hirup udara pinjaman drpd Allah. Dah dkt tiga minggu dkt uia. Penat sikit sbb jadual pack. Malam2 pun ade program. Tp tu la student's life.

Tajuk dkt atas; BERSALAH
Aku jenis mudah serba salah sbb aku mmg suka buat salah. Kadang2 mulut main lepas je cakap. Tak fikir apa orang lain rasa. Lepas cakap tu baru fikir, apa aku cakap tadi? Astaghfirullah. Kita dah buat org sakit hati. Kalau kita salah dgn Allah kita blh minta ampun. Insha Allah, Allah akan ampunkan sbb Allah maha pengampun. Tp kalau silap kita dgn manusia, kita kena mintak maaf dgn dia jgk.

Aku bila orang lain dah buat muka tak suka, aku jadi tak sedap duduk dah. Duk fikir apa lah silap aku sampai dia nampak lain. Serius, aku memang tak boleh nk buat benda lain kalau ada org yg mcm moody dgn aku. Aku kadang2 fikir, besar sangat ke silap aku sampai dia nak marah mcm tu skali? Em aku tau aku bukan sesape nak judge org. Semua org ada masalah diorg sendiri termasuk aku. Tp cubalah jangan jadikan masalah tu sbg sebab utk kita marah dkt org lain. Fikir dulu.

السلام عليكم :)

Thursday, June 19, 2014

Asrama

Bismillah.
Harin jumaat. Em orang lain ramai balik rumah. Tp bukan aku T.T
Fana anis pun balik. Dyeorg ajak aku balik, tp bila mintak permission ngan umi, umi ckp stay asrama. Bila lg nk blajar duduk asrama. Kalau dulu dkt maahad, tiap2 weekend balik. Kadang2 weekday pun balik. Hahaha. Insha Allah i'll try.

Bila duk sorang2, rasa sedih je. Dah la family bukan depan mata. Kawan2 pun tktau sampai bila blh duduk skali. Rasa mcm tak lamr dah. Cant imagine.

Assalamualaikum.

Monday, June 16, 2014

Redha

Bismillah.

Redha. Satu perkataan yg semua orang tahu maksudnya tp susah utk diaplikasikan termasuk jugak aku.

Bila satu benda yang kita taknak ia jadi, tp terjadi jgk. Sesetengah drpd kita pasti akan merungut. Kita sebenarnya hanya melihat dari sudut negatif tanpa fikirkan apa yg akan berlaku sebaliknya. Mungkin benda yg kita mintak tu tak dapat sekarang, insha Allah akan dapat dlm bentuk yg sama mcm kita mintak atau dapat yg lebih baik.

Sebenarnya diri ini sedang menasihati diri sendiri. Moga Allah beri yg terbaik insha Allah :)

Assalamualaikum. 

Sunday, June 15, 2014

Cfs student

Bismillah walhamdulillah.
Harini dah seminggu di uia. Previous post ckp tak masuk uia. And now im in uia. All is His plan. Just follow the flow.

Esok 17hb jun, result ipg keluar. And im praying for farhana and anis will get it. Tp dlm masa yg sama, rasa sedih yg membuak buak datang. Mungkin sbb kami dah lama duduk sekali. Tak boleh bayang mcm mana hidup sunyi tanpa mereka. But i always have Allah. Itu pesan umi aku. Aku mesti kuat.

Itu rezeki mereka insha Allah. And im waiting to go to mesir insha allah. Pray for me too.

And im homesick. Memang dulu dah biasa duduk asrama. Lima tahun di asrama. Tp tu asrama dkt dalam negeri yg sama. Kalau tiba tiba homesick pun blh balik naik bas cityliner sdiri. Tp skrg kalau nak balik, kena sabar je la. Kalau la bas rapidkl blh hanta sampai kelantan haha. I wish. Hari2 call umi. Malam2 nangis. Im missing my family and right now im crying too. And a little bit jealous bila my eldest sister hanta gamba satu family having a trip kat melaka except me. Huaaaa T.T  Tp tu lah adat nak tuntut ilmu. Insha Allah Allah permudahkan.

Jadual kelas pun tak dpt lg. Hanya menunggu. Itu je kot. Assalamualaikum.

Friday, May 16, 2014



 KE MANA KITA?


Bismillah.
Alhamdulillah masih diberi nafas oleh Allah.
I just quit from taking form 6 about two weeks ago. ramai yg tanya kenape sbb before ni bila orang tanya "nak ambik stam?" aku jawab "insha Allah." semua mcm eh dia cakap lain, buat lain.
Aku tak kesah orang nak cakap ape, sbb mulut orang tak boleh tutup.
i've done my istikharah and this is the result.

And i've got an offer to UIA for Arabic Foundation. tapi bila bincang dgn umi ayah, dyeorg cakap tak payah pergi. Aku buat istikharah lg, and insha Allah pergi Mesir. rasa takut still ada, bila org cakap, "tak takut ke nanti tetiba cancel pegi mesir. at least masuk uia dulu buat spare" aku pun fikir jugak benda tuh. tp dah banyak duit ayah aku, aku habiskan utk preparation mesir. sekarang, keep praying for the best. insha Allah, Allah will guide me :) put trust on HIM.

and kawan2 yg nak masuk u, good luck. jaga diri jaga iman. aku pesan dkt diri sendiri jgk. Ya Allah tunjukkan kami jalan yang terbaik. Allahumma ameen :)

Assalamualaikum.

Friday, February 21, 2014

PESKO MMP 2014.




Pictures tell you a thousands stories :)

 alkisah masuk perbarisan jadi pak sheikh arab hahaha. *tebal muka 
tapi tu lah memory.
 eceh meet my sister again, Nadirah :) bajet nak bergambar dengan belon hahaha


we; the twins :) wakil BUM yang ambik form 6 okay.

 from left ; fathim, tirah, jihah, eti, farhana.

 fana tukar posisi dgn anis. ambik turn jadi camera girl xD

 anis and fikah, her deskmate.



we with le junior form 4. tahun last kannnn
abaikan muka hitam.
 junior lagi. kami senior yang baik hati hahahaa

 spot ourselves :)

lastly <3

Assalamualaikum.

Sunday, December 29, 2013

OLD FRIENDS :)




Tadi pegi makan makan dengan budak sekolah rendah. 4 orang je pun. janji punya ramai, yg datang? emmm. tapi takpe je. alhamdulillah boleh jumpa, semua sihat. oh how i miss them :)


girl in purple ; farah, kuning ; aisyah , black : me and adilah.


ni aisyah, rumah dekat je haha. tp bila naik sekolah menengah terus tak cakap. bila jumpa harini, tak cukup mulut. hahaha. Salam.